Viu Malaysia umum lima Viu Original bagi tahun 2023.

0 Comments
Viu Malaysia umum lima Viu Original bagi tahun 2023.

Acara Viu Upfront yang julung kali diadakan memperkenalkan senarai kandungan bagi tahun 2023 , termasuk lima karya asli tempatan.


Viu , perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka PCCW mengumumkan lima drama Viu Original yang bakal disiarkan pada tahun 2023. Tahun selepas pasca pandemik setelah ia mendapat pengiktirafan dari pemain industri dan pengguna untuk produksi tempatannya .



Pengumuman ini telah dibuat di acara Viu Upfront yang diadakan buat julung kalinya , dengan kehadiran pelbagai pihak termasuk agensi media utama , rakan kongsi , pelanggan dan pihak berkepentingan dalam industri filem dan seni tanahair.


Encik Kingsle Warner , Pengurus Negara , Viu Malaysia berkata , " Viu sudah lama ingin menganjurkan acara ini , namun terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik . Di penghujung tahun 2022 inilah masa yang sesuai kami mengadakan Viu Upfront untuk berkongsi tentang pencapaian Viu sepanjang tahun 2022 dan perancangan bagi tahun 2023 daripada sudut kandungan kepada rakan kongsi dan pihak berkepentingan di dalam industri,". 2023 akan dimulakan dengan tayangan Viu Original Nenek Bongkok Tiga yang sememangnya sangat dinantikan ramai . Drama ini merupakan kisah seram melibatkan unsur ghaib yang telahpun menjadi bualan ramai di media sosial .



Produksi bagi drama ini melibatkan pengarah terkemuka , Datuk Yusry Abdul Halim dan penerbit , Zurina Ramli yang sebelum ini menghasilkan drama Viu Original She was Pretty , sebuah drama yang meraih populariti pada tahun 2022. Nenek Bongkok Tiga menampilkan gabungan mantap pelakon baharu dan lama dalam bidang lakonan tanahair seperti Meerqeen , Sara Ali , Sofia Jane , Sherlis Merlis dan tayangannya dijangka bermula pada awal tahun 2023 .



Berikutan kejayaan adaptasi K - drama Viu seperti Black dan She Was Pretty , Viu akan menghasilkan satu lagi drama adaptasi daripada sebuah drama fantasi romantik , W : Two Worlds , yang dibintangi oleh pelakon dan model , Hun Haqeem dan penyanyi , pelakon dan pengacara , Daiyan Trisha . Siri ini juga bakal diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Zurina Ramli .


Drama - drama lain daripada pelbagai genre berbeza yang akan disiarkan pada tahun 2023 termasuklah sebuah drama sains fiksyen psikologi mendebarkan bertajuk Alter - naratif , diarahkan oleh pengarah terkemuka Faizal Ishak ( Isteri Misteri , Juvana , Nur Kasih ) yang menampilkan pelakon - pelakon berbakat seperti Nabila Huda , Neera Azizi , Liyana Jasmay , Rahim Omar dan Gambit Saifullah .

Satu lagi adalah drama keluarga yang menonjolkan nilai cinta dan tanggungjawab , iman dan penebusan dosa yang dihasilkan oleh Eirma Fatima ( Pesan Dari Tuhan , Akulah Balqis , Perempuan Melayu Terakhir ) bertajuk Terlanjur Cinta . Drama Dear Karma pula dihasilkan dengan latarbelakang lokasi di Malaysia dan Jepun dan diterbitkan oleh RedComm Productions , yang cukup dikenali sebagai syarikat produksi yang menghasilkan filem hit seperti Gol Dan Gincu , Istanbul Aku Datang !, Manisnya Cinta Di Cappadocia dan Kami Histeria,

Maklumat lanjut mengenai drama - drama yang disebutkan di atas boleh dirujuk di Lampiran . Drama - drama ini dan lain - lain lagi boleh didapati di aplikasi Viu , yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store , Google Play , dan TV pintar terpilih serta laman web www.viu.com .



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts