Juara Kejohanan Badminton Dunia 2022 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dilantik sebagai Ketua Pegawai Pengalaman HONOR X9a 5G

0 Comments

Juara Kejohanan Badminton Dunia 2022 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dilantik sebagai Ketua Pegawai Pengalaman HONOR X9a 5G

Beregu lelaki menguji ketahanan Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh dengan pukulan smash


Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Pengalaman HONOR Malaysia untuk menguji ketahanan skrin melengkung HONOR X9a 5G.

Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G unik kerana dihasilkan daripada kaca Super Reinforced setebal 0.65mm untuk lebih kukuh dan tahan jatuh berbanding kaca 0.55mm yang lazim digunakan di pasaran peranti. Ini sekaligus mengetepikan kebimbangan pengguna terhadap ketahanan skrin melengkung.

Menerusi video HONOR Malaysia di Facebook, baru-baru ini memaparkan Aaron dan Wooi Yik melakukan beberapa siri pukulan smash terhadap HONOR X9a 5G bagi menguji ketahanan skrin melengkung peranti itu.


Cabaran pertama memperlihatkan mereka pukul bulu tangkis pada papan kayu yang patah dengan mudah. Kemudian, HONOR X9a 5G diletakkan pada sekeping papan kayu dan beregu tersebut cuba memecahkan skrin untuk menguji ketahanannya dengan pukulan smash mereka. Hasil keputusannya amat menakjubkan!

Aaron dan Wooi Yik melakukan beberapa pukulan smash sambil lompat, namun mereka tetap gagal memecahkan skrin HONOR X9a 5G, sebaliknya impak daripada pukulan menyebabkan papan kayu terbelah dua.

Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G yang diiktiraf oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik

Selepas tamat cabaran tersebut, penilaian diberikan Aaron dan Wooi Yik adalah HONOR X9a 5G bersama skrin melengkung sangat kukuh dan tidak mudah rosak. Skrin melengkung hanya digunakan untuk telefon pintar Flagship kerana kos pembuatan yang tinggi. Pun begitu, faktor kos tidak menjadi masalah kepada HONOR untuk menghasilkan Siri X yang dilengkapi skrin melengkung.

Video ujian tersebut boleh disaksikan di pautan tersebut: https://www.facebook.com/HonorMY/videos/684172803382555


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts