Majlis Pelancaran Produk Baru Wellsen x Dynas

0 Comments
Majlis Pelancaran Produk Baru Wellsen x Dynas salah satu produk Wellsen Dynas Cooling dan Refreshing Shampoo yang akan membantu pertumbuhan rambut dan menyuburkan kulit kepala dengan sihat.


Produk Wellsen Dynas Cooling dan Refreshing Shampoo akan membantu pertumbuhan rambut dan menyuburkan kulit kepala dengan sihat. Produk Wellsen Dynas Cooling dan Refreshing Hair Mask pula akan menukarkan rambut yang kering dan rosak kepada rambut yang lembut dan bersinar sepanjang hari.


Kedua-dua produk rambut ini menggunakan bahan seperti AQUAXYL™ yang memberikan penghidratan sehingga 48 jam, Chamomile semulajadi yang menjadikan kulit kepala anda berasa sejuk dan nyaman, serta Minyak Esensial pudina yang memulihkan folikel rambut. Kesemua formula yang digunakan hanyalah terdiri daripada produk VEGAN dan ianya bebas silikon, paraben, haruman wangi dan SLES/SLS. Juga, tiada produk haiwan yang digunakan sebagai usaha Wellsen dalam melindungi haiwan, alam sekitar dan masyarakat.


Wellsen adalah sebuah jenama salun rambut profesional terkemuka yang dimiliki, dikilangkan, dan diedarkan oleh WeGlobe Marketing Sdn. Bhd. Wellsen ditubuhkan oleh Encik Seng Sang Bing, seorang usahawan kelahiran Malaysia yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang Sains & Pemakanan dari England dan ijazah sarjana dalam bidang Kimia dari Taiwan, bersama Encik Hung Shun Neng, seorang pesara pembekal jenama kecantikan rambut antarabangsa dari Taiwan.


Encik Seng merupakan pengerusi ASEAN Cosmetics Association dan FMM-Malaysian Cosmetics & Toiletries Industry Group dan mempunyai pengalaman bekerja bersama jenama penjagaan rambut & kosmetik Eropah yang terkenal sambil memegang jawatan gred-C di Asia. Encik Hung, seorang pejuang kanser yang telah kehilangan kedua-dua kaki beliau, telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat yang menjadi pembekal tunggal untuk dua jenama kosmetik dan penjagaan rambut Eropah di Taiwan.


Pada tahun 80-an hingga 90-an, harga produk kecantikan rambut telah melonjak naik dan kebanyakannya didominasi oleh jenama Eropah. Oleh itu, kedua-dua usahawan ini mempunyai keazaman untuk menghasilkan produk penjagaan rambut yang berkualiti tinggi dan semulajadi. Kemudian, lahirlah jenama Wellsen yang telah diperkenal dan dilancarkan pada hari Hari Valentine, 1993.


Sejak itu, shampo rambut Wellsen yang dikilangkan di dalam Malaysia, telah mencuri banyak perhatian daripada pakar dan professional dalam industri penjagaan rambut, serta memperoleh kepercayaan daripada pelbagai pusat kecantikan di seluruh Asia. Wellsen sangat berbangga atas kejayaan memiliki kilang sendiri dan juga atas pemasaran produk penjagaan rambut di negara-negara lain.


Selepas Encik Seng memasuki alam persaraan, jenama Wellsen telah diambil alih oleh anak perempuan beliau, Cik Seng Sin Mon, seorang graduan ijazah sarjana dalam bidang Pemasaran Antarabangsa dari Universiti Birmingham, UK. Sehingga kini, Wellsen diuruskan sepenuhnya oleh Cik Seng Sin Mon, Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn. Bhd.


Dalam usaha mengembangkan jenama Wellsen, Cik Sin Mon telah menekankan prinsip Wellsen, iaitu menyediakan inspirasi, serta menyerlahkan kejelitaan dan keyakinan di seluruh Asia.

Sudah menjadi keazaman Cik Sin Mon untuk memperkasakan pemimpin wanita melalui kumpulan pemasaran perniagaan dan program bimbingan. Oleh itu, beliau telah menjadikan kejayaan Puan Dynas Mokhtar sebagai inspirasi beliau. Walaupun Puan Dynas merupakan seorang pelakon wanita yang terkenal, usahawan yang berjaya dan seorang ibu, beliau masih mengutamakan penjagaan diri dalam kehidupan beliau.

Mereka berdua memiliki nilai yang sama – iaitu dengan menyediakan kecantikan dan keyakinan melalui penjagaan rambut yang sihat dan rapi. Oleh itu, mereka bersama-sama mengeluarkan produk shampo dan penjagaan rambut yang dikilangkan di Malaysia, iaitu Wellsen x Dynas.



Special Edition by Dynas set penjagaan rambut yg lengkap. Dalam setiap set ada Cooling & Refreshing Shampoo 400ml, Hair Mask 100ml & Percuma Hair Serum 10ml Harga asal RM148 tapi sekarang kita jual dengan harga new launch promosi yang sangat mampu milik RM88. Keistimewaan Shampoo & Hair Mask ni adalah untuk membuatkan rambut tumbuh dgn sihat, dan mengurangkan keguguran rambut. Selain itu, rambut akan kekal hydrated selama 48jam.

 


Produk penjagaan rambut Wellsen x Dynas sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah rambut termasuklah keguguran rambut, kulit kepala sensitif atau Hijabis yang mempunyai masalah kulit kepala. Golongan ibu yang sering sibuk atau mereka yang sudah bekerja akan merasai kecantikan dan keyakinan dalam kehidupan mereka selepas menggunakan produk ini, yang dipasarkan pada harga yang berbaloi.



Produk Wellsen x Dynas boleh didapatkan secara dalam talian di Wellsen Lazamall (Lazada), Wellsen Shopee Mall, Tiktok – @dynasmokhtar & @wellsen, dan laman rasmi WeGlobe: https://weglobe.com.my/.

Untuk pembelian di luar talian, anda boleh mendapatkan produk di Hairkunst Salon dan Dashing Diva. Produk Wellsen x Dynas juga tersedia di account TikTok @dynasmokhtar dan @wellsen, serta pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengguna untuk melakukan perniagaan dari rumah.


Harga pelancaran Produk Penjagaan Rambut Wellsen x Dynas adalah pada RM88 untuk set Shampoo dan Hair Mask dan bukannya pada harga asal iaitu RM148. Pengguna boleh menambah Hair Serum percuma (tersedia untuk 100 pelanggan yang pertama).


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts