Lebih 300 Peserta Dari Negara Anggota Asean Dan Hong Kong, China Mendapat Manfaat Daripada Perkongsian Amalan Terbaik Esg

0 Comments
Lebih 300 Peserta Dari Negara Anggota Asean Dan Hong Kong, China Mendapat Manfaat Daripada Perkongsian Amalan Terbaik Esg


SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah menganjurkan ASEAN Hong Kong, China (AHKC) SMEs Going ESG Policy Dialogue and Workshop 2024.

Acara yang disertai lebih 300 peserta daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, negara anggota ASEAN dan Hong Kong, China ini merupakan.platform untuk pertukaran ilmu pengetahuan, memupuk kesedaran tentang amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta berkongsi amalan terbaik mengenai kelestarian dalam kalangan negara ASEAN. Majlis perasmian yang turut diadakan.sempena sambutan Hari PMKS Sedunia 2024, telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur hari ini.



Acara selama satu setengah hari dengan tema 'Memperkasa Kelestarian PKS' ini yang dihadiri oleh pegawai kerajaan, pakar ESG, pemilik PKS, wakil daripada institusi kewangan dan ahli akademik, bermatlamat mendidik peserta mengenai kepentingan amalan ESG, pembangunan strategi serta pengukuran dan pemantauan prestasi ESG. Sesi dialog yang diadakan memberikan tumpuan kepada pembangunan dasar untuk menggalakkan penerapan amalan ESG dalam kalangan PKS, berkongsi kisah PKS yang merintis perjalanan ESG serta mengetengahkan usaha Kerajaan dan agensi di rantau ini dalam aspek ESG. Sesi perkongsian memberi pendedahan kepada peserta khususnya terhadap amalan terbaik, cabaran dan cadangan yang disampaikan oleh penceramah terkemuka.




YB Datuk Ewon Benedick, semasa ucaptamanya berkata, "ASEAN komited untuk menggalakkan kelestarian di rantau ini melalui pelbagai inisiatif. Bagi Malaysia, menggalakkan PKS untuk menerapkan amalan ESG merupakan satu usaha ke arah mengukuhkan komitmen Kerajaan terhadap Agenda Pembangunan Mampan 2030 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perjanjian Paris di bawah Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (United Nations Framework Convention on Climate Change, UNFCCC). Mempercepat penerapan ESG juga merupakan antara inisiatif yang dirancang di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) 2021 - 2025”.

"SME Corp. Malaysia sangat komited terhadap pertumbuhan dan pembangunan PKS yang berdaya tahan. Kami telah mengenalpasti bidang tumpuan utama sebagai pemangkin untuk mempercepatkan kapasiti dan keupayaan PKS dengan ESG sebagai komponen utama", kata YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia, dalam ucapan aluannya.


Sementara itu, YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, turut berkongsi pendapat beliau, “Menjadi sebuah firma yang bersedia dalam menerapkan ESG (ESG-ready) adalah satu kelebihan besar bagi PKS untuk mengakses pasaran tempatan dan global. Oleh itu, SME Corp. Malaysia telah melancarkan Panduan Pantas ESG untuk PMKS bagi memudahkan penerapan amalan ESG dalam kalangan PMKS, yang boleh dimuat turun secara percuma setelah melaksanakan penilaian ESG di laman sesawang kami. Mengambilkira kepentingan amalan ini, SME Corp. 

Malaysia juga telah mengambil inisiatif untuk mengiktiraf PMKS yang secara aktif mengintegrasikan amalan ESG ke dalam perniagaan dan strategi syarikat melalui anugerah khas baharu yang diperkenalkan di bawah Program Anugerah Enterprise 50 (E50) tahun ini, iaitu Anugerah Amalan ESG Terbaik E50”.

Selain sesi dialog dan perkongsian, para peserta juga berpeluang mengambil bahagian dalam sesi bengkel yang memberikan pengetahuan praktikal dan boleh diguna pakai dalam membangunkan pelan kelestarian perniagaan firma dan membimbing mereka dalam menyediakan pelaporan ESG. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta tentang amalan ESG dan menggalakkan mereka untuk mengambil langkah pertama dalam perjalanan ESG.

Turut hadir semasa majlis perasmian ASEAN Hong Kong, China (AHKC) SMEs Going ESG Policy Dialogue and Workshop 2024 adalah YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia, Cik Libera Cheng Ching-mon, Ketua Pengarah Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jakarta dan YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia.

Acara ini disokong oleh ASEAN – Hong Kong, China Free Trade Agreement Economic and Technical Cooperation (AHKCFTA ECOTECH) Work Programme.


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts