KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.


PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan / Perwira Jaya telah berjaya memeriahkan masjid sempena Karnival Maal Hijrah 1446H pada 27 Julai 2024.



Pelbagai aktiviti menarik seperti Mosque Tour Bersama Non Muslim, Persembahan Nasyid & Tilawah Al-Quran (Muallaf), Demo Masakan Bersama Chef Fendy, Gotong Royong Memasak Bubur Asyura, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Cabutan Bertuah.




Berlansung juga aktiviti mewarna dan kuiz untuk kanak-kanak, Pameran Khazanah Rasulullah serta demonstrasi Penulisan Al-Quran dan pengisian rohani iaitu forum hijrah pada sesi malam bersama panel-panel dan mualaf baru.




Turut serta Kelab Memanah Al-Ummah yang mengadakan Mini Tournament Fun Archery bagi pengunjung-pengunjung yang hadir memeriahkan majlis. Pengunjung juga dapat menikmati makanan gerai-gerai yang mengambil bahagian.



Sepanjang karnival berlansung turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peringkat umur. Moga karnival seperti ini dapat di teruskan bagi mendekatkan masyarakat setempat.





Untuk pengetahuan semua, tahun ini merupakan tahun ke lima karnival tersebut diadakan yang bertujuan bagi mengimarahkan bulan sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang disambut saban tahun.





Latar Belakang PERKIM

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.

PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian.

PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian.

Di peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web https://perkimdk.com/
Kumpulan Pembuat Kuih Wanita Set Rekod Malaysia dengan Kempen Amal Kuih Raya yang menyentuh Hati

Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk memperkasakan kumpulan pembuat kuih kecil-kecilan itu untuk menghasilkan 150,000 kuih, yang kemudiannya disumbangkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang berkemampuan.


Kumpulan srikandi dari Lembah Subang dan Seri Pantai PPR telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas sumbangan mereka dalam inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk. Menerusi sokongan Cadbury Dairy Milk, kumpulan yang berbakat dan cekal ini telah meraih gelaran ‘Paling Banyak Kuih Coklat Cadbury Dihasilkan untuk Kempen Amal’ atas kejayaan menghasilkan 150,000 kuih dalam dua minggu.

15 pembuat kuih yang dipilih merupakan usahawan kecil-kecilan dan penerima bantuan Yayasan MyKasih, yang dipilih daripada komuniti yang terbabit dalam program bantuan makanan tanpa tunai.

Menerusi kerjasama dengan inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk, mereka telah menghasilkan 2,000 botol Tart Coklat dan Keju Cadbury, yang kemudiannya dibeli oleh Cadbury Dairy Milk Malaysia untuk disalurkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang berkemampuan melalui bantuan Food Aid Foundation.

Pencapaian hebat ini mencerminkan ketabahan dan dedikasi mereka untuk menambah baik kehidupan mereka sendiri serta keluarga tersayang. Mereka bukan hanya membawa keceriaan dan sokongan penting kepada komuniti yang memerlukan semasa musim perayaan, tetapi juga menunjukkan bagaimana individu-individu daripada latar belakang yang kurang berkemampuan mampu memperbaiki kehidupan diri mereka sambil membantu insan-insan lain yang memerlukan. Kisah ini menonjolkan impak positif daripada pemerkasaan dan sokongan komuniti, yang mampu menginspirasikan orang lain untuk mengejar impian mereka dan mencetuskan perubahan yang amat bermakna.

Nur Sharzi Bashar, 41, yang mengetuai kumpulan pembuat kuih di PPR Lembah Subang, berkata: “Projek ini amat bermakna buat saya secara peribadi. Saya dan arwah kakak saya memang beringin dan merupakan Impian kami untuk bersama-sama membuka sebuah kafe, dan inisiatif ini telah membantu mengekalkan impian saya ini.”

“Saya bersyukur kerana diberi peluang bukan sahaja untuk menambah pendapatan keluarga, tetapi juga mengejar impian saya sambil memiliki sebuah perniagaan di rumah. Semoga saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Sarasvathy, 46, yang mengetuai pasukan PPR Seri Pantai untuk inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’.

Ketua Pemasaran untuk Pasaran Malaysia dan Singapura di MondelÄ“z International, See Mei Sin, berkata: “Keazaman yang ditunjukkan wanita-wanita ini sungguh luar biasa, dan semoga inisiatif ini akan menggalakkan mereka untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka dan meneroka peluang baharu dalam industri bakeri. Di Cadbury Dairy Milk, kami berbangga untuk menyokong impian dan kreativiti. Sejak 2021, ‘Kuih Raya Dari Hati’ telah berkembang daripada sebuah inisiatif yang menginspirasikan rakyat Malaysia untuk membuat kuih bersama Cadbury kepada menggalakkan mereka untuk menyokong komuniti memerlukan di sekeliling mereka, dan kami berhasrat untuk terus menyemarakkan semangat kemurahan hati di Malaysia melalui inisiatif ini.”

Inisiatif tahun ini adalah lanjutan daripada #MDLZPrihatin, kerjasama jangka panjang antara Mondelēz International (Malaysia) dan MyKasih bagi menyokong dan memperkasakan keluarga dan komuniti kurang berkemampuan.

PERSEKA Menganjurkan Air Tangan Emas atau JOM “Jewels Of Malaysia Dan Memperkenalkan Duta Baharu Haqiem Rusli


PERSEKA adalah Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas yang ditubuhkan di bawah NGO Koperasi Norras Berhad pada 8 Feb 2024 beralamat di G-12 Saville@Melawati, Jalan KolamAir, Desa Melawati 53100 Kuala Lumpur dan no pendaftaran PPM-009-14-08022024.


Persatuan Penggiat Seni Reka Barang Kemas (PERSEKA) Pengerusi Kehormat Datin Dr. Raskidah Ali, Penasihat Datuk Mohamad Fazly bin Zainudin, Penaja JOM Trishya & Co.Cik Nayli Batrishya dan Duta JOM Haqiem Rusli


Antara aktiviti terawal yang di anjurkan oleh PERSEKA adalah Air Tangan Emas atau nama antarabangsanya adalah JOM “Jewels Of Malaysia”. JOM adalah acara pencarian bakat semulajadi dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Tidak terkecuali program ini turut menjemput bakat-bakat dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Brunei. Menariknya pencarian bakat ini turut mengalu-alukan penyertaan dari pelajar IPTA dan IPTS sekaligus bakal melahirkan bakat-bakat muda dengan idea yang segar dari golongan ini.

JOM akan bermula pada ogos di Johor Bharu mewakili Zon Selatan, September di Kuala Terengganu mewakili Zon Timur, Oktober di Pulau Pinang mewakili Zon Utara, November di
Sabah dan Sarawak dan akan berakhir pada Disember di Kuala Lumpur.

Pada peringkat akhir, JOM akan pilih 2 pemenang dari setiap kategori dari 5 negeri tersebut.untuk di bawa ke Kuala Lumpur untuk di adili pada peringkat akhir. Pada Peringkat akhir pertandingan ini akan mengumpulkan ke semua peserta akhir dalam satu tempat. Dan di
sinilah mereka akan menghabiskan masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan tugasan yang
telah di berikan.

Pihak Jom kini mengalu-alukan penyertaan dari seluruh negara dan negara jiran terdekat untuk mengambil bahagian. Yang paling menarik hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah sangat lumayan selain memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada para
peserta.

Sebagai makluman, hadiah utama peringkat akhir adalah :
1. Pemenang Pertama - 1kg 999 jongkong emas & Kursus pendek dalam bidang senireka di University of Arts London.

2. Pemenang ke 2 - 100g 999 jongkong emas & Kursus pendek dalam bidang senireka di University of Arts London.

3. Pemenang ke 3 - 100g 999 jongkong emas
4. Tempat ke 4 hingga 10 - 10g 999 jongkong emas

Sebagai sebuah NGO yang sebelum ini mengangkat seni budaya negara menerusi rekaan emas yang exclusive dan memiliki keunikan rekaan tradisi melayu seperti Gong, Congkak, Buah-buahan tempatan, binaan yang menjadi ikon negeri, dan motif flora yang terkenal di Malaysia , pihak penganjur mengharapkan agar program ini dapat diadakan saban tahun sebagai acara tahunan bagi memartabatkan seni reka berbudaya Melayu dan berjiwa Malaysia sekaligus mengangkat keunikan rekaan ke persada dunia.

Selain itu, kehadiran artis popular Haqiem Rusli yang akan menyanyikan lagu tema JOM juga bakal menjalin kerjasama dengan penganjur sepanjang sesi pencarian bakat baharu ini sebagai Duta JOM.
Kucingko Buat Penampilan Di Pasaran Ace Dengan Harga Pembukaan Rm0.805
 

Kucingko Berhad (“Kucingko” atau “Syarikat”), syarikat pengeluaran animasi 2D tersenarai awam pertama, membuat penampilan sulung hari ini di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). Saham dibuka pada RM0.805 sesaham, mempamerkan premium 168.33% yang ketara berbanding harga IPO RM0.30 sesaham.

 

Kucingko disenaraikan di bawah nama saham "KUCINGKO" dengan kod stok "0315".

 

Kucingko pakar dalam menyediakan pengeluaran animasi 2D berkualiti tinggi untuk penyiar global dan platform penstriman dan merupakan salah satu syarikat pengeluaran animasi terbesar di Malaysia. Kucingko telah memperoleh pengiktirafan yang ketara di peringkat global, termasuk pencalonan BAFTA dan beberapa anugerah antarabangsa yang lain.


Tawaran awam permulaan Kucingko Berhad telah berjaya mengumpul jumlah hasil sebanyak RM30 juta, yang akan digunakan seperti berikut:

       i.          RM17.8 juta ke arah pengembangan kapasiti, termasuk penubuhan pejabat cawangan pengeluaran di Malaysia Timur untuk memanfaatkan kumpulan tenaga mahir tempatan dan menaik taraf pejabat operasi sedia ada di Selangor;

      ii.          RM4.4 juta untuk menubuhkan pejabat jualan di Amerika Syarikat untuk meluaskan jangkauan pasaran;

     iii.          RM4.2 juta untuk modal kerja;

     iv.          RM3.6 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

 

Pengarah Eksekutif Kucingko Berhad, Encik See Chin Joo mengulas: “Penyenaraian yang berjaya ini merupakan satu kejayaan besar bagi Kucingko. Ia mencerminkan keyakinan pasaran dalam industri animasi, dan penerimaan pelabur terhadap syarikat unik yang mempunyai rekod prestasi yang menguntungkan. Kami teruja dengan peluang yang akan dibawa oleh ini, membolehkan kami mengembangkan lagi kapasiti pengeluaran kami dan menjangkau lebih ramai pelanggan global. Dana yang diperoleh akan membolehkan kami melabur dalam membina kapasiti secara tempatan dan memperdalam kehadiran kami dalam pasaran Amerika Utara, memastikan kami kekal di barisan hadapan dalam industri animasi.”

 

Pengarah Eksekutif Kucingko Berhad, Encik Ooi Kok Hong menambah: “Matlamat kami adalah untuk terus meningkatkan permainan kami dalam menyampaikan kandungan berkualiti tinggi untuk platform televisyen dan penstriman tradisional. Penyenaraian ini akan menyokong usaha kami untuk mencapai matlamat tersebut. Di samping itu, pembinaan bakat dan pelaburan berterusan dalam bakat terbaik adalah keutamaan kami. Kami tidak lama lagi akan melancarkan rancangan kami untuk bekerjasama dengan universiti dan agensi kerajaan negeri untuk memupuk bakat tempatan dan memperkasakan mereka dengan set kemahiran yang betul untuk menyumbang secara positif kembali kepada industri. Kami sedang membina semua inisiatif ini untuk pertumbuhan dan kejayaan yang mampan dalam pasaran animasi global.”

 

Kenanga Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk Kucingko Berhad.

 

###

 

 

Mengenai Kucingko Berhad

Kucingko Berhad (Kucingko , melalui anak syarikat milik penuhnya Inspidea, ialah studio animasi 2D terbesar di Malaysia. Animasi yang dihasilkan oleh Kucingko telah mendapat pengiktirafan yang ketara, termasuk pencalonan BAFTA dan beberapa anugerah antarabangsa lain, Kucingko pakar dalam menyediakan animasi 2D pengeluaran animasi 2D pengeluaran untuk penyiar global dan platform penstriman. Bermula sederhana dengan pasukan empat orang sahaja, Kucingko telah mengalami evolusi yang luar biasa, dengan mempunyai kakitangan 260 artis dan animator yang berbakat hari ini.  Di bawah pengurusan usahawan berpengalaman dan disokong oleh lebih dua dekad pengalaman dalam industri hiburan global, Kucingko mengukuhkan reputasinya untuk kepakarannya untuk pengeluaran animasi 2D di Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.kucingko.com/


umobile collaborates with eight state-backed network facility providers with aim to leverage local talent and expertise for deployment of second 5g network

 

·        The MoUs will see U Mobile tap into the local talent, expertise and tower infrastructure footprint of eight state-backed Network Facility Providers to prepare for the country’s second 5G network rollout

·        U Mobile’s latest strategic partners are members of Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi (PPIT) Malaysia

·        The areas of collaboration include enhancing the efficiency of the rollout of site tower infrastructure and exploring cost-effective solutions for various infrastructure needs

 

U Mobile, the award-winning mobile and digital services provider, has formed strategic partnerships with eight state-backed Network Facility Provider companies (“SBC”) to prepare and accelerate the rollout of 5G under the government’s dual network model. This partnership demonstrates U Mobile’s dedication to implement the most efficient and cost-effective deployment of the second 5G network by leveraging the extensive combined tower infrastructure footprint and expertise of these companies.


These eight SBCs are members of Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi (PPIT) Malaysia and they are D’ Harmoni Telco Infra, Konsortium Jaringan Selangor, Perlis Comm, Infra Quest, Sacofa, Desabina Industries, PDC Telecommunication Services and PINS Network Solutions (“PPIT Consortium”).

By signing the MOU, the PPIT Consortium is expressing their full support for U Mobile’s rollout of the second 5G network. This involves close collaboration on knowledge sharing and the provision of access to tower structures, space, power and expedited site implementations to accelerate deployment of 5G sites. This streamlined process, combined with the experience and skillsets of these SBCs, will ultimately speed up 5G coverage expansion in the country. Additionally, the parties will establish cost efficient commercial models for various infrastructure requirements including built-to-suit sites, co-locations and site upgrades, with the goal of establishing a competitive and sustainable offering between U Mobile and PPIT Consortium.

“U Mobile is committed to bringing affordable, high-quality 5G to Malaysia, in line with the government's plan for a second 5G network to boost competition and drive sustainability of the country’s telecommunications industry. To achieve this, we're delighted to be able to work with local partners such as the PPIT Consortium, as their talent and local knowledge will be of great value to U Mobile in our quest to significantly speed up our 5G rollout, bringing the benefits and economic advantages of 5G technology to consumers, businesses and the public sector,” said Woon Ooi Yuen, Chief Technology Officer at U Mobile.

Muniff Kamarruddin, President of PPIT Malaysia said: “Collaboration is key to achieving the nation’s 5G milestones. PPIT which  is comprised of a strong network of proven infrastructure partners with a deep understanding of the regulatory landscapes across various states, streamlined processes, established business practices and most importantly a shared goal, is pleased to work closely towards deploying the right infrastructure to accelerate our country’s digital goals. PPIT is committed to ensuring a smooth roll out of the second 5G network.”

The rollout of the second 5G network is expected to drive innovation across various sectors, including healthcare, education, and smart cities, further contributing to the nation’s economic growth.  Hence, this partnership underscores U Mobile’s dedication to meet and exceed industry standards and customer expectations, ensuring that Malaysia remains at the forefront of technological advancement in the region.

Other members of PPIT Consortium include Yiked Bina, a subsidiary of EDOTCO, and EdgePoint Towers, both of whom entered into a MoU with U Mobile earlier in July 2024.


###

About U Mobile

U Mobile’s vision is to be Malaysia’s most favourite digital services partner through innovations that constantly make things possible. To realise this, we are committed to providing unbeatable quality connectivity experiences that are best-in-class and 5G speeds that are ultra-fast at no extra cost. We believe our accessible quality connectivity narrows the digital divide by providing Malaysians access to the right skills and tools to unleash their unbeatable potential. For more information on U Mobile, please visit www.u.com.my. 

 

About Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi (PPIT)

PPIT is an association of telecommunications infrastructure providers in Malaysia. Established in 2010, PPIT members consist of 22 pioneers members of telecommunications infrastructure providers.

Promosi Sebanyak 60% Sempena Hari Kemerdekaan Di Menara Kuala Lumpur.


Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan tema ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’ pada tahun ini, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan Kempen Merdeka Madness bermula dari 1 Ogos hingga 16 September 2024.


Kempen Merdeka Madness pada tahun ini akan diadakan selama 47 hari dengan merangkumi promosi dan pelbagai acara serta aktiviti-aktiviti yang dapat menarik kedatangan pengunjung ke Menara Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Colours of Malaysia Tower Lighting, sayembara puisi kemerdekaan, pertandingan fotografi kemerdekaan, jualan trak makanan dan minuman, persembahan muzik dan kebudayaan, festival durian, dan banyak lagi.



“Inisiatif promosi Merdeka Madness ini diadakan untuk kali yang kedua adalah kerana melihat sambutan yang sangat mengalakkan daripada pengunjung pada promosi ini tahun lepas. Ianya juga merupakan tanda penghargaan kami kepada rakyat Malaysia, di mana.para pengunjung tempatan dapat menikmati diskaun sebanyak 60% bagi tiket masuk ke semua tarikan di Menara Kuala Lumpur”, kata Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.




Diskaun harga tiket bagi lawatan ke Sky Deck adalah RM28.00 (dewasa) dan RM15.00 (kanak- kanak), manakala tiket bagi lawatan ke Observation Deck adalah RM12.00 (dewasa) dan RM8.00 (kanak-kanak). Kami juga turut menawarkan harga terendah bagi kemasukan ke Tower Walk 100, iaitu RM8.00 (dewasa) dan RM6.00 (kanak-kanak).


Harga yang ditawarkan oleh Menara Kuala Lumpur sempena Merdeka Madness ini amat berbaloi untuk para pengunjung nikmati dan ianya juga adalah hadiah istimewa kepada para pengunjung yang sentiasa menyokong Menara Kuala Lumpur sejak tahun 1996 sehingga kini.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila hubungi talian khidmat pelangan Menara Kuala Lumpur di 03-2020 5421 atau layari media sosial rasmi Menara Kuala Lumpur Facebook, Instagram, TikTok dan laman sesawang www.kltower.com.my.
Santa Grand Classic Kuala Lumpur Presents Kapitan Bistro Opening.


Kapitan Bistro raises the culinary quotient with its new location at Santa Grand Classic Kuala Lumpur, serving comfortable bistro favourites in a modern and welcoming environment.



Chef Jailani (Head Of Chef) and Chef Fariz (Sous Chef), have over twelve years of experience in the culinary sector, having worked at various prominent restaurants and received recognition for their remarkable culinary skills. They are well-known for their devotion to using fresh, local-sourced products, which complements our restaurant's attitude of sustainability and excellence.



"I am thrilled to join this talented team and contribute to the restaurant's vision of providing an outstanding dining experience," stated Chef Jailani. "I look forward to creating new, exciting dishes that highlight the flavours of ingredients and delight our guests."


We are delighted to announce a new menu with a range of variety dishes, each carefully prepared to highlight the best of what our community has to offer. We invite you to join us in welcoming Kapitan Bistro and experiencing our restaurant's exciting new culinary approach.

About Santa Grand Classic Kuala Lumpur:

Santa Grand Classic Kuala Lumpur located on Jalan Lebuh Pudu near the Central Market and established in 2011, has an alfresco atmosphere with an interesting selection of vendors selling delectable local delicacies and wonderful handcrafts. With 42 rooms and one restaurant & beverage outlet, trendsetters and well-heeled travellers walk the halls to experience luxury living and excellent lifestyle services. It is in No. 1 & 3, Lebuh Pudu, Laluan Kasturi, 50050 Kuala Lumpur.

For more information and reservation, please contact +603-2022 0880 or email us at reservation@santagrandhotels.com.my . Visit our website at www.santagrandhotels.com.my
TTRacing X Deadpool & Wolverine: Get Ready for Action with Marvel-themed Gaming Chairs!

TTRacing, renowned for its innovative gaming chairs and IP collaborations, is delighted to announce a new partnership with the highly anticipated Deadpool & Wolverine movie. The exclusive Marvel collection features gaming chairs inspired by the distinctive red and yellow designs of Deadpool and Wolverine.

The chair collection is adorned with sleek designs embroidered with Deadpool and Wolverine motifs, showcasing intricate details from Deadpool’s iconic red and black suit to Wolverine’s adamantium claws. Each chair is meticulously crafted to capture the essence of these beloved characters, offering fans an awesome blend of comfort and trendy style.

For the upcoming film, Hugh Jackman’s Wolverine dons a comic-accurate yellow and blue costume for the first time. Deadpool is also seen in a brighter shade of red with larger black circles on his mask, reminiscent of his 1990s comic book design. The audacious Marvel movie premieres in Malaysia cinemas on July 25, 2024.

The TTRacing Swift X Pro - Deadpool Edition priced at RM 899, features a black and red stylish aesthetic of the tactical suit, along with high-quality stitching, bringing Deadpool’s playful yet fierce persona to life. A playful touch is added with Deadpool's catchphrase, "Time to make the chimichangas" on the pillow, providing a fun contrast to the serious tone of the suit design.


The Swift X Pro - Wolverine Edition priced at RM 899, this chair showcases a bold colour palette with vibrant yellow hues and deep blue accents reminiscent of Wolverine's iconic design. The sleek lines and geometric patterns reflect Wolverine's rugged, battle-ready aesthetic, with every stitch crafted to enhance the carbon fibre textured PU. An exclusive Wolverine abstract art piece on the back accentuates the distinctive features that define this legendary character, while the pillow featuring claw motifs pay homage to his iconic claws.

TTRacing Deadpool X Wolverine edition features the impressive Swift X Pro model, which stands out with its unique design and top-notch craftsmanship. Discover more about this exceptional chair through the following link:

https://ttracing.my/deadpoolwolverine

TTRacing's commitment to bringing exciting IP collaborations to fans, including One Piece and Star Wars, shines through in this exclusive Marvel collection. Don't miss out on this incredible opportunity to own a piece of the Marvel universe — get your exclusive Deadpool and Wolverine gaming chairs today at https://ttracing.my/

 

###

 

About TTRacing

Established in 2017, TTRacing is a leading provider of premium gaming chairs, ergonomic desks, office chairs and other comfort peripherals tailored to enhance the comfort experience for enthusiasts worldwide. Established to revolutionise ergonomics for gaming, working or relaxing, TTRacing now leads the way towards superior comfort and exceptional performance. Every product is designed to be a great companion for long gaming sessions or extended working hours.

TTRacing dedicates itself to developing high-quality ergonomic chairs and desks that create a seamless seating experience for its users. Driven to seat the future, TTRacing pushes ergonomic engineering comfort to its best potential, continuously pushing boundaries to deliver cutting-edge solutions that optimise productivity and performance.

TTRacing strives for optimal sitting posture, founded on the belief that a good posture can positively impact one’s overall well-being.

Papuh Muslim Travel Fair 2024 Himpunkan 50 Agensi - Agensi Perlancongan Berlesen.

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair 2024 dari 26 hingga 28 July 2024 bertempat di Hotel Grand Barakah Ampang.


PAPUH sebelum ini telah menerima banyak rungutan daripada ahli memandangkan ramai Jemaah yang tertipu dengan pakej-pakej murah yang banyak diiklankan di laman media sosial. Mereka tertipu disebabkan terpengaruh dengan pakej yang ditawarkan dengan harga murah dan akhirnya tidak dapat terbang. Setelah diselidik baru mereka tersedar yang mereka membeli pakej daripada agensi yang tidak berlesen.


Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia, Faridah Hamid (tengah duduk) bersama sebahagian ahli-ahli PAPUH yang akan menyertai PAPUH Muslim Travel Fair 2024 pada 26 - 28 Julai ini di Grand Barakah Hotel, Ampang.

Atas permintaan ahli PAPUH sendiri, PAPUH bersetuju untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair yang hanya membenarkan agensi-agensi yang mempunyai lesen penuh (seperti Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah) untuk mengambil bahagian. Sebanyak 50 syarikat akan mengambil bahagian dalam acara pada kali ini dan yang pertama dianjurkan oleh PAPUH selepas COVID-19.



PAPUH telah bekerjasama dengan Syarikat penerbangan SAUDIA yang akan memberikan potongan harga istimewa kepada semua ahli kami yang menyertai acara kali ini. Potongan harga ini sangat Istimewa kerana ianya hanya diberikan untuk tempahan pada 3 hari Papuh Travel Fair berlansung dan ini adalah pertama kali Syarikat penerbangan Saudia melakukannya.



Selain itu, Maybank dan Bank Rakyat juga akan turut menyertai acara PAPUH Muslim Travel Fair ini dengan menawarkan pelbagai pakej pembiayaan untuk mengerjakan umrah dan pelancongan muslim. Pakej pembiayaan Pergi Dahulu Bayar Kemudian juga akan turut diperkenalkan semasa acara ini berlangsung.


Semua rakyat Malaysia yang ingin menunaikan Umrah dan melancong dijemput hadir ke PAPUH Muslim Travel Fair 2024 ini untuk mendapatkan pakej-pakej umrah, pelancongan mesra muslim ke serata dunia, pas-pas masuk ke taman tema, tiket penerbangan serta tidak ketinggalah pakej-pakej percutian dalam negara dengan harga yang sangat menakjubkan.

PAPUH juga akan menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini diadakan dengan hadiah utama adalah pakej mengerjakan umrah PERCUMA.


Anda boleh hadir untuk mendapatkan pelbagai pakej percutian muslim dengan harga Istimewa yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan berlesen.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web https://papuh.my/  dan laman sosial Facebook Papuh.
KOLEKSI MERDEKA 2024 PROSPEC KPM X FAZURA OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek telah sudi melancarkan secara rasmi koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari ini.


Koleksi khas Tudung FAZURA Purple Label tersebut adalah hasil kerjasama erat kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan FAZURA sebagai salah satu program istimewa dalam memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-67. Koleksi Merdeka 2024 menampilkan 12 rekaan unik beraneka warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’.


Berinspirasikan warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dengan setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka.


Majlis pelancaran rasmi yang diserikan dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Noorhuda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, YBhg. Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin, Penasihat Kelab PROSPEC KPM, Setiausaha Bahagian KPM dan hampir 300 orang tetamu jemputan. Susulan peluncuran koleksi Merdeka 2024 YB Puan Fadhlina binti Sidek, majlis diteruskan dengan makan tengah hari dan persembahan oleh Ella selaku artis jemputan.


Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA adalah kerjasama pertama seumpamanya melibatkan kelab penjawat awam dengan jenama FAZURA khusus untuk sambutan Hari Kebangsaan. Disasarkan lebih banyak kerjasama sedemikian akan diteroka untuk kepentingan bersama terutama dalam konteks kerjasama awam- swasta yang memberikan faedah kepada masyarakat.




Organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan koleksi khasi ni dengan harga korporat boleh menghubungi wakil PROSPEC KPM melalui WhatsApp di 017-4469726 untuk maklumat lanjut.


Pembelian secara dalam talian boleh dibuat terus di laman sawang rasmi www.fazura.com, FAZURA Apps dan ShopeeMall FAZURA Official Store.

Featured Post

SANTAI Teknologi

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts