Bunga Citra Lestari, Lancarkan Konsert Blossom Di Plenary Hall KLCC 27 Januari 2023

0 Comments

Bunga Citra Lestari, Lancarkan Konsert Blossom Di Plenary Hall KLCC 27 Januari 2023, Sempena Apresiasi BCL Buat Peminat.


Seharum namanya, Bunga Citra Lestari, penyanyi cantik asal Indonesia ini akan menebarkan ‘wangi’ karyanya menerusi sebuah konsert yang sangat dinantikan peminat di Malaysia. Konsert Blossom - Bunga Citra Lestari, begitu nama konsert perdana pelantun lagu Wanita Terbahagia itu setelah melalui banyak fasa dalam hidupnya beberapa tahun kebelakangan ini. Ini juga akan menjadi konsert sulung Bunga atau mesra disapa BCL selepas pandemik COVID 49 melanda dunia.


Konsert BlossomBunga Citra Lestari yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam. 

Teruja kerana akan kembali menyapa peminat di Malaysia secara berdepan, BCL senang menggelarkan konsert ini sebagai hadiah dan apresiasi buat semua yang mendokong karier dan kehidupan peribadinya, terutama selepas suami tercinta, aktor Ashraf Daniel Mohamad Sinclair kembali ke Rahmatullah pada Februari 2020.

“Saya sangat berbesar hati untuk bertemu semula dengan peminat di Malaysia, apa lagi sudah cukup lama saya nantikan momen untuk melakukan konsert di negara yang sudah menjadi rumah kedua buat saya. “Konsert Blossom Bunga Citra Lestari ini juga sebagai lambang apresiasi buat seluruh peminat yang sudah banyak memberi sokongan kepada saya. Selalu DM dan memberi komen di sosial media memberi kata-kata semangat terutama sewaktu Ashraf meninggal dunia. Saya tidak dapat membalas semua mesej tetapi sangat menghargainya,” ujar BCL.

“Blossom memberi maksud supaya saya bangkit terus dalam berkarya dan tegar menjadi anak seni,” kata ibu kepada seorang anak lelaki ini lagi. Sementara itu, pihak penganjur melahirkan kesyukuran kerana perancangan membawa BCL melakukan konsert di Malaysia akhirnya dapat dilaksanakan pada 27 Januari 2023 depan.


“Kita semua sedia maklum selepas pemergian Allahyarham Ashraf, BCL berehat sebagai fasa untuk menguruskan kehidupan peribadinya. Kami di Icon Entertainment sentiasa mengekori rapat mengenai momen yang tepat untuk melamar sekaligus mendapatkan persetujuan beliau untuk melakukan konsert ini.


“Alhamdulillah selepas beberapa siri perbincangan dengan jadual beliau yang padat, BCL sendiri tidak mahu melepaskan peluang beraksi di ‘rumah keduanya’,” ujar Iman Tang selaku wakil penganjur. BCL memulakan kerjayanya pada 2002 dan terkenal dengan genre pop.

Antara untaian lagu yang membuat namanya meledak di Malaysia adalah Ingkar, Lagu Cinta Pertama (Sunny) dan album terakhir yang dikeluarkan pada 2017 iaitu It’s Me BCL. Penyanyi dan pelakon berusia 39 tahun ini juga terkenal dengan lagu duet bersama Ari Lasso, Aku Dan Dirimu serta terkini, Menghapus Jejakmu duet bersama Ariel Noah.



Buat semua penggemar BCL, jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Blossom - Bunga Citra Lestari pada 27 Januari 2023, 8.30 malam. Tiket tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my .



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts