BOH Plantations Dan Kakiseni Mengumumkan Senarai Pencalonan Anugerah Seni BOH Cameronian ke - 18

0 Comments

BOH Plantations dan Kakiseni mengumumkan senarai pencalonan untuk acara berprestij , Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18


Anugerah Seni Cameronian BOH kembali lagi tahun ini yang bakal menjadi sebuah sambutan paling menarik untuk industri seni persembahan usai pengoperasian semula teater dan lokasi seni dibuka sepenuhnya kepada penonton .Bagi meraikan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di atas pencapaiannya di Hollywood , Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18 memberi peluang yang dirasakan tepat pada masanya dan sangat baik untuk ramai bakat di Malaysia.


Penggiat - penggiat seni baru juga telah membuat penyertaan bagi persembahan mereka yang memukau. Sambutan penyertaan yang menggalakkan menyaksikan penghibur generasi baharu akan terus dengan semangat dan antuasias yang menyala untuk seni, Bersiap sedia untuk meraikan serta memberikan penghormatan kepada mereka yang telah bekerja dengan berani dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Anugerah Seni Cameronian BOH ke -18 dimulakan dengan Pengumuman Calon di Performing Arts Centre Petaling Jaya ( PJPAC ) , 1 Utama . Anugerah Seni BOH Cameronian ke - 18 merupakan kemuncak persembahan yang diadili sejak tiga tahun lepas ( 2020 , 2021 & 2022 ) apabila industri seni terpaksa mengharungi wabak yang telah mengubah dunia. Walau bagaimanapun , lebih 1010 produksi telah menyerahkan penyertaan yang telah diadili oleh sekumpulan juri yang hebat.


Para juri merupakan Dr Andrew Filmer , Dominic Luk , Janet Kan , Ng Yuet Sum , Sara Heng , Dr Sayyid Shafiee , Tan E - Jan untuk Muzik ; Alla @ Azura Abal Abas , Choong Wan Chin , Foo Chi Wei , Kenny Shim , Rathimalar Govindarajoo , Mohd Yunus Ismail untuk Tarian ; Christopher Ling , Fazleena Hishamuddin , Dr Muralitharan Pillai , Dr Syahrul Musa , Yves Yap untuk Teater ; dan Colin Kirton , Mervyn Peters , Michael Xavier Voon , Sabrina Hassan , Sandra Sodhy untuk Teater Muzikal.


Selain mengiktiraf mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam lakonan , muzik dan tarian , anugerah ini juga akan diberikan kepada krew belakang tabir termasuk mereka yang bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan kembali produksi seperti Kostum & Solekan , Muzik & Bunyi , Reka Bentuk Visual & Set dan Reka Bentuk Pencahayaan.


Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations , Jason Foo berkata , " la merupakan sesuatu yang sungguh menggembirakan apabila Anugerah Seni BOH Cameronian kembali sebagai salah satu acara kemuncak dalam industri seni . Cukuplah untuk saya katakan bahawa , beberapa tahun kebelakangan ini adalah tempoh ujian bagi kita tetapi ia telah membentuk kecekalan kita sebagai sebuah industri . Gembira untuk melihat industri seni kembali muncul , bangkit untuk menakluki cabaran masa lalu dan secara bersepadu bergerak ke hadapan untuk membentuk masa depan yang menarik . 

Kita ingin menyemai benih permulaan baharu , semoga Anugerah Seni BOH Cameronian terus memotivasikan setiap artis yang membuat persembahan untuk mencapai bintang dan memecahkan sebarang siling kaca yang mungkin menghalang anda . Tunjukkan keberanian anda dan capai kecemerlangan ! Seperti biasa , BOH amat berbesar hati untuk mengembara bersama anda dalam usaha kreatif dan kami tidak sabar - sabar untuk bertemu semula di majlis Anugerah ".


Pada tahun 2020 , Anugerah Seni BOH Cameronian ke - 17 telah diadakan secara acara talian ( maya ) buat kali pertama , meraikan pencapaian tahun 2019 dan mengiktiraf produksi terbaik untuk tahun tersebut.


Pada tahun yang sama , BOH Plantations telah membantu 15 syarikat produksi yang telah menjadi pemenang dengan sumbangan RM10,000 setiap satu . Syarikat produksi ini dikenal pasti berdasarkan sumbangan berterusan mereka kepada industri dan kerja - kerja dalam prosesnya kemudiannya telah mengalami gangguan semasa Perintah Kawalan Pergerakan tahun tersebut .

Apabila tempoh pandemik berterusan hingga 2022 , Geran BOH Cameronian bernilai RM200,000 untuk Produksi Baharu telah dianugerahkan kepada 20 syarikat seni persembahan untuk membantu membiayai kos pengeluaran produksi baharu , dalam usaha untuk memulakan semula sektor seni dan diharapkan dapat menggalakkan syarikat produksi yang membuat acara perdana mereka.


Low Ngai Yuen selaku Presiden Kakiseni berkata ,: " Beberapa tahun kebelakangan ini banyak menguji bukan sahaja penghibur di negara kita tetapi di seluruh dunia apabila sekatan dan perintah kawalan pergerakan menghentikan seni persembahan , muzik dan kerja - kerja produksi , menjadikannya sebuah situasi yang amat sukar untuk pengamal seni untuk terus hidup . Tetapi mereka berjaya melakukannya , beralih kepada penstriman langsung dalam talian dan penyelesaian kreatif lain , sehingga akhirnya pada 2022 , sektor itu mula dibuka semula dan bangkit semula . Geran BOH Cameronian diberikan untuk Pengeluaran Baharu bagi membantu untuk memulakan semula . Beberapa rancangan ini bahkan telah berjaya dalam senarai pencalonan ! Oleh itu , ia sememangnya satu peristiwa yang menggembirakan bagi kami untuk menjadi tuan rumah 18BCAA dan mengumumkan calon - calonnya " .


Tema tahun ini , A New Day , Setia Pada Senimu , adalah cerminan sebenar semangat masyarakat seni persembahan untuk bangkit semula dari bawah dan kembali dengan semangat yang diperbaharui .Sama ada ia diterapkan kepada pengamal di barisan atas pentas atau kru belakang tabir dan mereka yang terlibat secara langsung , semangat ini mengingatkan kita semua mengapa kita masih melakukan apa yang masih kita terus lakukan.


Untuk memperingati cabaran yang terpaksa dilalui oleh industri dan bagaimana semua orang percaya bahawa hari yang lebih baik akan datang , reka bentuk kanister teh BOH yang sangat istimewa telah direka untuk memberikan khalayak ' Ummph ' dan melihat lebih banyak cahaya . dalam apa yang mereka percayai . Tetap setia dengan panggilan seni mereka telah membolehkan masyarakat kembali meneruskan perjalanan . Kanister terhad akan dihasilkan dan disediakan pada majlis anugerah.


Anugerah Seni BOH Cameronian disokong oleh penaja sejak lama iaitu , BOH Plantations , dan BDO di Malaysia yang muncul debut sebagai Ballot Partner .Tahun ini , A Cut Above , Inglot Cosmetics dan SUB International Beauty School , disertai oleh SOGO akan menjadi sebahagian daripada Anugerah Seni Cameronian BOH ke - 18 untuk memberikan sambutan yang lebih glamor dan bergaya .

Majlis Anugerah Seni BOH Cameronian ke - 18 dijadualkan berlangsung pada Ahad , 14 Mei 2023 di PJPAC , 1 Utama E , 1 Utama Shopping Centre .



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts