iQOO Malaysia Memperkenalkan Siri iQOO Z7 yang Sepantas Kilat, Direka untuk Anak Muda Malaysia

0 Comments
iQOO Malaysia Memperkenalkan Siri iQOO Z7 yang Sepantas Kilat, Direka untuk Anak Muda Malaysia

Siri iQOO Z7 direka untuk pengguna Gen Z dengan gabungan sempurna gaya dan prestasi


iQOO, sub-jenama bebas bawah vivo, telah melancarkan siri iQOO Z7 yang terdiri daripada iQOO Z7 dan iQOO Z7x, yang direka khas untuk membolehkan Gen Z memenuhi aspirasi mereka terhadap telefon pintar terunggul. Siri iQOO Z7 ini ditetapkan untuk mencipta standard baharu dalam teknologi telefon pintar.


“Kami di iQOO memahami keperluan generasi muda yang kian berubah, dan kami sentiasa berusaha untuk menyediakan teknologi yang tepat untuk memenuhi keperluan mereka. Melalui pelancaran telefon pintar siri iQOO Z7, kami berhasrat untuk menarik perhatian para pengguna muda di Malaysia dan menawarkan mereka pengalaman terbaik dengan memastikan mereka kekal terhubung dan terhibur walau di mana sahaja. Telefon pintar siri iQOO Z7 ini merupakan bukti komitmen kami terhadap prestasi dan inovasi,” kata Jeremy Lin, Pengurus Besar iQOO Malaysia.

Pengecasan Sepantas Kilat untuk Penggunaan Tanpa Gangguan

iQOO Z7 menampilkan keupayaan FlashCharge 120W yang mampu mengecas peranti tersebut daripada 1% ke 50% dalam hanya 9 minit, menjadikannya pilihan sesuai untuk mereka yang menjalani

hidup yang sibuk dan memerlukan pengecasan yang pantas. Dengan pengecasan hanya selama 5 minit, iQOO Z7 mampu memberikan sehingga 5 jam tontonan video, membolehkan pengguna menikmati rancangan atau filem kegemaran mereka di mana sahaja tanpa perlu risau akan jangka hayat bateri.


Prestasi Lancar dan Cekap

iQOO Z7 direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang ingin kekal terhubung, terhibur dan produktif walau di mana sahaja. Menampilkan cip Snapdragon 782G, ia memberikan prestasi sepantas kilat dan visual yang mempesonakan, dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 10% dan GPU sebanyak 13% berbanding cip Snapdragon 778G. Teknologi Extended RAM 3.0 pula menambahkan sehingga 8GB RAM kepada 12GB sedia ada, memberikan para pengguna iQOO Z7 sebuah pengalaman yang lancar tanpa jeda walaupun semasa menggunakan beberapa aplikasi dalam satu masa.

iQOO Z7 juga memberikan pengalaman permainan dengan kadar bingkai tinggi melalui Getaran Permainan 4D dan Ruang Wap Penyejuk Cecair Super Konduktif yang luas bagi memastikan peranti tersebut kekal dingin walaupun ketika sesi permainan yang sengit. Pembesar suara dwi stereo pada iQOO Z7 pula menawarkan pengalaman audio unggul yang melengkapi visualnya yang menakjubkan.   
Kamera Strong Camera Capabilities

Menampilkan kamera OIS Ultra-Sensing 64MP, iQOO Z7 dapat mengambil gambar-gambar indah dengan butiran yang luar biasa, walaupun dalam keadaan cahaya malap. Ia juga mampu merakam dalam 4K bagi memastikan video-video yang dirakam setajam dan seterang gambar.

Lebih Nilai dalam Tawaran Prestasi

iQOO Z7x memberikan nilai luar biasa di samping mengekalkan prestasi yang cemerlang. Dengan bateri berkapasiti besar sebanyak 6,000mAh dan teknologi FlashCharge 80W, pengguna dapat menikmati sesi permainan dengan lebih lama dan melakukan tugasan-tugasan harian yang berat tanpa sebarang gangguan. Dikuasakan oleh cip Snapdragon 695 5G, prestasi iQOO Z7x kekal pantas dan lancar untuk menyiapkan tugasan melalui pelbagai aplikasi dalam satu masa serta melayari web. Menampilkan Kamera Ultra Jelas 50MP, pengguna juga dapat mengabdikan setiap detik dengan butiran yang tepat.



Harga dan Ketersediaan

iQOO Z7 kini boleh didapatkan pada harga RM1,499 untuk varian 12GB + 256GB dan RM1,299 untuk varian 8GB + 128GB, manakala iQOO Z7x boleh didapatkan pada harga RM1,099 untuk varian 8GB + 256GB dan RM999 untuk varian 8GB + 128GB. Para pengguna boleh mendapatkan siri iQOO Z7 ini di e-kedai rasmi vivo Malaysia dan kedai-kedai utama rasmi iQOO Malaysia di Shopee dan Lazada.

Bermula 10 sehingga 18 April 2023, para pelanggan boleh mendapatkan iQOO Z7 varian 12GB + 256GB dan iQOO Z7x varian 8GB + 256GB dengan promo awal pada harga RM1,399 dan RM999 masing-masing, manakala iQOO Z7 varian 8GB + 128GB boleh didapatkan pada harga RM1,249 hanya di Lazada dan iQOO Z7x varian 8GB + 128GB pula boleh didapatkan pada harga RM939 hanya di Shopee.

Para pelanggan yang mendapatkan iQOO Z7 layak menerima jaminan lanjutan 1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun dan hadiah percuma bernilai RM248, termasuk boucar Program Diskaun Pelajar iQOO sebanyak RM50 dan beg galas iQOO atau pemegang kunci Marshall. Pelanggan yang membeli iQOO Z7x juga layak mendapatkan jaminan lanjutan 1 tahun dan hadiah percuma.

Dari 10 April hingga 10 Mei, iQOO juga akan mengadakan kempen ‘Dreams Come True’ untuk para pelanggan yang membeli telefon pintar siri iQOO Z7, di mana pelanggan berpeluang untuk menyaksikan impian mereka menjadi kenyataan. Untuk mengambil bahagian, ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Muat naik gambar anda dengan iQOO Z7 atau iQOO Z7x baharu ke Facebook dan kongsikan impian anda dalam kapsyen.

Langkah 2: Sertakan tanda pagar #iQOOZ7Series #DreamwithiQOO #iQOOMY #PowerZGiler.

Langkah 3: Tangkap layar hantaran tersebut dan kongsikan di ruangan komen kempen di laman Facebook iQOO Malaysia sebagai bukti penyertaan.



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts