Islam Tidak Menghalang Hubungan Mualaf Dengan Keluarga Bukan Islam

0 Comments
Islam Tidak Menghalang Hubungan Mualaf Dengan Keluarga Bukan Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata tanda kasih sayang Allah yang tidak terhingga adalah hidayah dan kenikmatan iman.


Dengan sokongan daripada umat Islam selain agensi dan NGO-NGO Islam, saudara baru akan terus disantuni dengan penuh rahmah khususnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya termasuk juga aspek kebajikan.


“Ilmu adalah perkara penting dalam mengamalkan kehidupan beragama, oleh yang demikian saudara baru tidak akan dibiarkan keseorangan, pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk NGO Islam PERKIM, akan sentiasa memberikan bimbingan dan bantuan kepada yang memerlukan,” katanya.


 
Terdahulu Dr Mohd Na’im menyaksikan pengislaman 7 orang saudara baharu dalam satu program ringkas anjuran Perkim Datuk Keramat. Beliau yang kebetulan hadir di Masjid Negara bagi menunaikan solat fardhu Zohor telah diminta oleh penganjur untuk turut hadir bagi memeriahkan program yang dianjurkan itu.


 
JAWI telah menyediakan kelas pengajian secara formal di Kompleks Darul Hidayah (KDH) yang diuruskan sepenuhnya oleh JAWI. Tempoh pengajian selama satu tahun enam bulan berdasarkan 3 tahap pengajian iaitu peringkat asas, pertengahan dan lanjutan. Bagi mualaf yang berkelayakan, boleh memohon untuk tinggal di asrama KDH tanpa dikenakan sebarang bayaran. Makan dan minum mualaf turut disediakan secara percuma sepanjang penginapan dan pengajian di KDH. Dalam masa yang sama, mereka turut diberikan elaun sebanyak RM 50.00 bagi setiap kelas yang dihadiri. Kelas diadakan 5 hari seminggu.



“Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pihak MAIWP juga akan sentiasa membantu aspek kebajikan
para muallaf dengan pelbagai program bantuan zakat. Selain itu, terdapat 8 buah masjid yang menjalankan kelas pengajian secara khusus kepada muallaf. Selain bantuan kewangan dan kelas bimbingan, agensi Islam turut memberikan sokongan moral buat saudara baru dari masa ke semasa seperti adab menjaga hubungan silaturahim bersama keluarga. Apa yang paling penting adalah memastikan hubungan saudara baru ini bersama keluarga mereka yang bukan Islam terus terpelihara dan harmoni.”


“Kerana Islam tidak menghalang saudara baharu muallaf untuk terus menjaga hubungan kekeluargaan dan bersilaturrahim dengan keluarganya yang bukan Islam. Malah di dalam ajaran Islam, memerintahkan seorang muslim untuk tetap menyantuni serta berbakti kepada ibubapa dan keluarganya yang bukan Islam. Inilah akhlak Islam” katanya lagi.


 

Dr. Mohd Na’im turut memeluk semua saudara baru (lelaki) sebagai tanda Islam itu bersaudara. Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa buku-buku agama sebelum berangkat pulang.




Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Imam Masjid Negara, Mohd Nadzri, Ustazah Khatijah Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kebajikan Saudara Baharu, Ustazah Majidah Mokhtar dan Pengerusi Perkim Datuk Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan laman sosial di :
Laman web : 




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts