Pelancaran Kad Kredit Korporat Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Korporat Pertama Malaysia

0 Comments
Pelancaran Kad Kredit Korporat Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Korporat Pertama Malaysia Bagi Pengurusan Perbelanjaan Yang Teratur Dan Inovatif.


Merchantrade Asia Sdn Bhd peneraju inovasi dalam perkhidmatan kewangan digital dengan lebih dari 90 cawangan telah melancarkan Kad Korporat Merchantrade Money Biz, yang kini menjadi Kad Prabayar Perniagaan Visa pertama di Malaysia yang lebih inovatif bagi memudahkan pengurusan perbelanjaan bagi syarikat-syarikat dari pelbagai industri dari Korporat hingga Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Merchantrade Money Biz menggabungkan 3 kaedah inovatif iaitu Kad Prabayar Perniagaan Visa (dengan had RM50,000 dan pengeluaran kad tanpa had bagi setiap syarikat) yang dipautkan dengan eDompet pelbagai mata wang, dan portal pengurusan perbelanjaan dengan fungsi yang direka untuk perniagaan moden.

Ramasamy K Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, berkata: “Merchantrade Money Biz bersedia menandingi kad kredit korporat tradisional yang dikeluarkan oleh bank. Kad kredit korporat biasanya hanya untuk eksekutif atasan kini, dengan Merchantrade Money Biz, ia memberi kelebihan kepada pekerja di semua peringkat dengan kad prabayar korporat sambil menyediakan kemudahan untuk majikan mengawal dan mengurus kewangan dengan tepat dan betul. Kami mempercayai bahawa kad prabayar korporat ini adalah satu inovasi yang telah mengubah cara syarikat dalam mengurus perbelanjaan mereka dan menjadi satu alternatif yang terbaik bagi mereka yang tidak dapat memperoleh kad kredit korporat dengan bebas risiko pembelanjaan berlebihan dan bebas faedah.”

Dikuasakan oleh Visa, kad prabayar perniagaan ini boleh digunakan oleh pekerja untuk membuat pembayaran di seluruh dunia, sama ada dalam talian atau runcit untuk perbelanjaan syarikat. Ia juga dipadankan dengan eDompet pelbagai mata wang yang membolehkan pengguna menukar mata wang sehingga 20 mata wang asing dengan kadar tetap untuk pembayaran antarabangsa. Portal pengurusan perbelanjaan pula bukan sahaja secara automatik dan mendigitalkan proses perniagaan, tetapi juga memberikan 100% ketelusan pada semua transaksi dan termasuk kawalan yang mantap.

Roy Choudhury Debarun, Ketua Penyelesaian Komersial dan Pergerakan Wang Visa untuk rantau Asia Tenggara berkata: “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Merchantrade Asia untuk memperkenalkan kad prabayar pertama untuk syarikat-syarikat korporat dan PKS di Malaysia. Ini adalah penyelesaian yang relevan dan tepat pada masanya, kerana kita telah melihat pertumbuhan sebanyak dua-angka dalam perbelanjaan kad komersial di Malaysia berbanding tahun lepas. Ini menunjukkan peningkatan permintaan oleh syarikat-syarikat di negara ini untuk menggunakan kaedah pembayaran digital dan inovatif. Di Visa, kami komited untuk memperkasakan perniagaan melalui rangkaian global kami dan kepakaran kami untuk penyelesaian pembayaran. Kerjasama kami dengan Merchantrade melambangkan visi kami untuk meningkatkan keterangkuman kewangan dalam ruang pembayaran B2B dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk Malaysia”

Lebih daripada 80 syarikat telah mendaftar semasa fasa percubaan, menunjukkan permintaan yang tinggi dan penerimaan positif terhadap produk baru ini. Ini menekankan komitmen Merchantrade untuk menyediakan penyelesaian kewangan digital yang inklusif dan efektif dalam memenuhi keperluan syarikat yang berkembang pesat di Malaysia. Visi Merchantrade juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan syarikat mendigitalkan operasi mereka dan menerima gaya baharu dalam usaha membina ekonomi yang lebih tanpa tunai. 

Pada pelancaran kali ini tetamu yang hadir dapat melihat sendiri penerangan Aplikasi portal pengurusan secara lansung yang lebih mendalam seperti kecekapan, kepantasan, keselamatan yang terjamin dan soal jawab bersama pihak Merchantrade. 

Ternyata aplikasi pengurusan tanpak lebih pantas dan  inovatif berbanding aplikasi yang lain. Moga kerjasama yang dibangunkan ini dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyelesaian masalah serta mengubah cara syarikat beroperasi. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web https://www.merchantrademoney.com/business/

 



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts