PELANCARAN ORBIT10000 KELUARAN ORIENT TELECOMS MENEMBUSI PASARAN MALAYSIA

0 Comments

PELANCARAN ORBIT10000 KELUARAN ORIENT TELECOMS MENEMBUSI PASARAN MALAYSIA

Menerajui Masa Depan dengan Internet Perniagaan Premium 10Gbps untuk Keperluan Kritikal- Misi dan Kesediaan untuk Era Kepintaran Buatan

Orient Telecoms, sebuah syarikat tersenarai di UK dan penyedia perkhidmatan rangkaian terurus dan telekomunikasi serta penyelesaian teknologi, secara rasmi melancarkan ORBIT 10,000 Internet Perniagaan Premium dengan kapasiti 10Gbps hari ini.

Menerusi langkah penting untuk mentakrifkan semula ketersambungan perniagaan, perkhidmatan premium itu disesuaikan untuk perniagaan berskala besar. Ia mula ditawarkan di Malaysia sebelum dikembangkan ke peringkat serantau dan global. Perkhidmatan ini memastikan kelajuan dan keselamatan 10,000 Mbps dengan memanfaatkan Teknologi Slipstream Conduit proprietari Orient Telecoms yang beroperasi pada infrastruktur Ethernet Kelas Pembawa aktif. Ini berbeza dengan penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi tetapi kebanyakannya beroperasi pada infrastruktur rangkaian optik pasif yang sederhana. Rangkaian Kelas Pembawa aktif menjadi pilihan utama kerana skalabiliti, keupayaan prestasi dan kesesuaian untuk menyampaikan ketersambungan internet yang mantap, boleh dipercayai dan selamat.

“ORBIT 10,000 adalah perkhidmatan Internet Perniagaan Premium yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kami yakin ia akan meletakkan Orient Telecoms dan industri telekomunikasi Malaysia sebagai kuasa yang perlu diberi perhatian di rantau ini,” kata Encik Yane Alkushovski, Naib Presiden, Orient Telecoms Plc pada taklimat media yang diadakan di Kuala Lumpur.

Teknologi Perintis untuk Prestasi Tiada Tandingan

ORBIT 10000 bukan semata-mata mengenai kelajuan; ia juga mengenai penyampaian pengalaman internet yang komprehensif, selamat dan boleh dipercayai. Perkhidmatan ini menyepadukan rangkaian teknologi canggih dan keupayaan sistem yang direka untuk memenuhi permintaan perusahaan masa kini:

·        Seni Bina Rangkaian Zero Trust: Memastikan setiap permintaan akses, sama ada peringkat dalaman atau luaran, disemak dan disahkan dengan teliti bertujuan untuk melindungi data sensitif daripada akses yang tidak dibenarkan.

·        Sistem Pertahanan Pencerobohan & Tebatan Cleanpipe DDoS: Menyediakan perlindungan yang teguh terhadap serangan penafian-perkhidmatan dan pencerobohan rangkaian tanpa kebenaran bagi memastikan operasi perniagaan berjalan lancar.

·        Perisai Perlindungan Lapisan Rangkaian: Menawarkan lapisan keselamatan tambahan untuk mencegah aktiviti berniat jahat dan ancaman melibatkan rangkaian.

·        Penghalaan Keutamaan Rangkaian Kelas Perniagaan: Memastikan prestasi optimum untuk aplikasi kritikal perniagaan, meminimumkan kependaman dan memaksimumkan kecekapan.

·        Ciri Keselamatan Rangkaian Komprehensif: Termasuk firewall kritikal-misi dan penyelesaian bunkering rangkaian untuk mewujudkan persekitaran digital yang kukuh.

Mentransformasi Kesalinghubungan Perusahaan

ORBIT 10000 bersedia untuk merevolusikan cara perniagaan memenuhi keperluan internet mereka. Dengan menggabungkan kelajuan ultra pantas dengan keselamatan dan kebolehpercayaan, Orient Telecoms menetapkan standard baharu untuk ketersambungan perniagaan. Perkhidmatan ini direka bentuk untuk memperkasakan perniagaan, membolehkan mereka berkembang maju dalam dunia digital.

Keselamatan Tiada Tandingan dengan Insurans Tahap-1

Komitmen Orient Telecoms untuk menyediakan perkhidmatan internet yang selamat dan berdaya tahan dengan menawarkan ORBIT10000 Internet Perniagaan Premium turut disokong dengan polisi insurans Tahap-1 bernilai USD10 juta yang memberi ketenangan kepada perniagaan kerana mengetahui operasi mereka dilindungi daripada ancaman operasi. “Ini menunjukkan komitmen kami terhadap keselamatan data pelanggan dan keyakinan kami terhadap keteguhan langkah keselamatan ORBIT10000,” tambah Yane Alkushovski.

Kesediaan untuk Era Kepintaran Buatan

Pertumbuhan pesat Kecerdasan Buatan (AI) membawa kepada era baharu permintaan pengkomputeran. Perniagaan kini semakin bergantung pada pemprosesan data masa nyata, pembelajaran mesin dan aplikasi intensif-sumber. ORBIT10000 menangani cabaran itu dengan menyediakan asas yang teguh dan selamat yang diperlukan untuk berkembang maju dalam landskap AI. Kepantasan ORBIT10000 memperkasakan perniagaan untuk:

· > Mengendalikan jumlah data besar yang diperlukan untuk latihan dan analisis AI dengan lancar.

·    >  Memudahkan pemprosesan masa nyata untuk aplikasi dan perkhidmatan yang dikuasakan oleh AI.

·    >  Memastikan kelancaran operasi automasi dipacu AI dan proses pembelajaran mesin.

Visi untuk Masa Depan

Pelancaran ORBIT 10000 oleh Orient Telecoms menandakan peristiwa penting dalam landskap telekomunikasi Malaysia. Ia mencerminkan dedikasi syarikat terhadap inovasi dan kecemerlangan, menyediakan peralatan yang perlukan oleh perniagaan untuk berjaya. Apabila perniagaan semakin berkembang, Orient Telecoms kekal komited untuk menyokong perjalanan mereka dengan teknologi terkini dan kebolehpercayaan yang tidak berbelah bahagi.

Encik Alkushovski berkata, ORBIT10000 dipantau dalam masa nyata oleh Pusat Operasi Rangkaian kami bagi memastikan tindak balas insiden yang pantas dan mempertingkatkan prestasi serta kebolehpercayaan. ORBIT10000 menjamin 99.99% masa beroperasi dan pemulihan pantas dalam tempoh 4 jam, disokong oleh bantuan secara 24/7/365.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ORBIT 10000 dan cara ia mengubah ketersambungan perniagaan anda, layari laman sesawang Orient Telecoms atau hubungi pasukan penyelesaian perniagaan kami. Alami masa depan perkhidmatan internet dengan ORBIT 10000 – di mana kelajuan disokong keselamatan, dan inovasi memacu kejayaan.

 


About Orient Telecoms:

Orient Telecoms is a UK company, listed on the Standard List of the Main Market of the London Stock Exchange. It is a pioneering force in the regional Managed Network & Telecommunications Services and technology landscape, dedicated to empowering businesses and enterprises through innovative solutions. With a deep understanding of the evolving needs of the local and regional market, the Company strive to deliver cutting-edge products and services that either helps customers increase revenue, reduce cost and improve performance efficiency & productivity. Orient Telecoms believes in building long-term partnerships with its customers based on trust, transparency, and a shared commitment to success. They passionate about leveraging technology to create a brighter future for all local and regional businesses and enterprise, fostering innovation, economic growth, and digital inclusion for all.



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts