Pelancaran Rasmi Kereta EV smart Malaysia smart #3

0 Comments
Pelancaran Rasmi Kereta EV smart Malaysia smart #3

smart Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi dan pelancaran portfolio produk terbarunya, smart #3, semasa smart Tour brand roadshow yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil.

Pelancaran sulungnya di Malaysia Autoshow 2024 baru-baru ini, smart #3 merupakan tambahan terkini dalam keluarga smart yang terkenal dengan reka bentuk luaran coupe yang bergaya dan ruang dalaman yang canggih. Direka dengan kepakaran dari Mercedes-Benz, smart #3 menggabungkan fungsi dengan keunggulan, menawarkan pengalaman pemanduan yang hebat.


Dengan slogan #ChaseTheThrill, smart #3 mengajak orang ramai untuk meneroka inovasi canggih dan keunikan pada varian smart #3 Pro, Premium, dan model utama BRABUS. Kesemua varian ini menjanjikan pengalaman yang premium dan pemanduan berprestasi tinggi, membuka jalan untuk perjalanan yang mendebarkan menuju masa hadapan.

Teman Dinamik Bandar Anda – smart #3

smart #3 menampilkan model Pro, Premium, dan BRABUS yang untuk pasaran Malaysia. Varian smart #3 Pro dilengkapi dengan Roda Flux 19" yang mempunyai rintangan angin yang rendah dan reka bentuk rivet tempat duduk yang pertama dalam industri dengan penyandar kepala yang menampilkan logo smart. Ia dikuasakan oleh Bateri LFP 49kWh, menyediakan Julat WLTP sejauh 325km. Varian smart #3 Premium menawarkan ciri tambahan termasuk Lampu Hadapan CyberSparksLED + Matrix, Gril Hadapan Berlampu, dan Bateri NCM 66kWh. Bateri ini menggerakkan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang, mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat dan memberikan Julat WLTP sejauh 455km, dengan keupayaan pengecasan AC dan DC yang terbaik — 22kW yang cemerlang dalam segmennya! Pengecas AC boleh mengecas bateri anda dari 10-80% dalam masa kurang daripada 3 jam, dengan tiga tahap brek regeneratif baru: Rendah, Sederhana, dan Tinggi, disokong oleh 23 sensor berketepatan tinggi yang membolehkan 21 fungsi ADAS berfungsi dengan baik.

Varian smart #3 BRABUS direka untuk penggemar kenderaan berprestasi tinggi, dengan masa pecutan 0-100km/j dalam 3.7 saat. Prestasi ini disampaikan melalui rangkaian kuasa Dual-motor All-Wheel-Drive 315kW/543Nm, menawarkan pengendalian yang luar biasa, daya tarikan, dan Julat WLTP yang praktikal sejauh 415km.

smart #3 menampilkan 12 kombinasi warna luaran yang mengagumkan, menawarkan pelbagai pilihan untuk padanan personaliti dan gaya mengikut citarasa pembeli. Penawaran pilihan warna ini merupakan cadangan jualan unik yang jarang ditawarkan oleh jenama lain. smart #3 terus memukau dengan varian ruang dalaman yang membolehkan anda mengalami pengalaman pemanduan tersendiri, selaras dengan komitmen jenama terhadap keunggulan dan kecanggihan inovasi smart.

Memperkenalkan Program smartCO untuk Memperkasa Komuniti dan Usahawan kepada Pemilik smart

Semasa pelancaran tersebut berlangsung, smart Malaysia turut melancarkan program smartCO, yang direka untuk mencipta komuniti dalam kalangan penggemar automotif dan mengubah hobi mereka menjadi usahawan yang berjaya. Program ini menawarkan banyak peluang perniagaan bagi pemilik smart dan keistimewaan eksklusif dari perniagaan yang dipromosikan oleh pemilik smart.

Selaras dengan komitmen untuk memperluas ekosistem pengecasan smart, smart Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan dua Penyedia Perkhidmatan Pengecasan (CPO) tambahan - DC Handal dan Carput. Hal Ini dapat meningkatkan jumlah keseluruhan CPO kepada enam di bawah rakan kongsi PRO-NET yang secara signifikan memperkasa ekosistem IHU dan Aplikasi Hello smart untuk memberikan akses kepada maklumat stesen pengecasan secara langsung sehingga 80% di seluruh negara.

"Kami sangat bangga dengan penambahan smart #3 baru ke dalam portfolio produk kami," kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia. "smart #3 mempunyai potensi yang besar dalam segmen premium, yang mengukuhkan komitmen kami untuk memberikan kecemerlangan. Kami berhasrat untuk menggalakkan lebih banyak pembangunan bersama untuk meningkatkan nilai kualiti jenama yang kami hargai, mencipta komuniti yang kuat kepada jenama smart. Matlamat kami adalah untuk terus menyediakan pengalaman memiliki smart premium yang terbaik, termasuk perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang dengan alat ganti mudah didapati, peta pengecasan awam yang diintegrasi, dan ekosistem digital yang lancar."

Pemilikan Premium All-Inclusive smart

smart Malaysia memperkenalkan Pemilikan Premium All-Inclusive bertujuan untuk menyampaikan perjalanan yang komprehensif dan bebas kebimbangan untuk pelanggan. Tawaran utama termasuk:

·        Jaminan Bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000km

·        Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km

·        Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan

·        Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan

·        Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7

·        Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun

·        Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun

·        Pakej Aksesori Percuma dengan 6 item bernilai RM2,500

·        5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB

Pengumuman Harga smart #1 serba elektrik

Harga On-The-Road (tanpa insurans) smart #3 BRABUS, Premium dan Pro – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ialah :

smart #3 BRABUS                                RM255,000
smart #3 Premium                               
RM215,000
smart #3 Pro                                       
RM175,000

smart Tour Brand Roadshow membuat hentian pertamanya di Pavilion Bukit Jalil.

smart Malaysia mengumumkan smart Tour Brand Roadshow pertama, pameran di seluruh negara yang mengajak orang ramai menyaksikan kenderaan inovatif smart #1 dan #3.  Di dalam pameran ini akan menyediakan maklumat yang mendalam dan demonstrasi langsung mengenai ciri-ciri canggih kenderaan smart, termasuk kemampuan V2L dan fungsi aplikasi Hello smart.

Pelanggan smart menjemput kepada semua peminat kenderaan elektrik untuk menyertai smart dan mengalami kecanggihan serta prestasi daripada rangkaian smart #1 dan #3. Manfaatkan tawaran smart Fest kami dan nikmati diskaun sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS. Peserta juga akan mendapat maklumat yang terperinci mengenai ekosistem smart daripada pakar kami dan berpeluang untuk merasai pandu uji kenderaan boleh menghubungi pengedar rasmi smart pilihan mereka untuk maklumat lanjut mengenai smart #3. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.smart.com/#/.

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100086465554162

Instagram: https://www.instagram.com/smart.malaysia/

TikTok: https://www.tiktok.com/@smartmalaysia



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Ads Top

About me

Contact Form

?+ numposts +&orderby=published&alt=json-in-script&callbackpublished&alt=json-in-script&callback=labelthumbs' type='text/javascript'>

Home Ads

Instagram

Flickr

Pages

Follow Us

Like us on Facebook

Newsletter

Author

Popular Posts